Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyerahkan sumbangan kepada asnaf PULAPOL di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) ketika menyertai Program Kayuhan Basikal bersama peserta Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis dan ahli Persatuan Kebun Bandar Sungai Bunus hari ini.
Baginda memulakan kayuhan pada pukul 5.45 petang bersama kira-kira 120 peserta dengan laluan mengelilingi kawasan Taman Tasik Titiwangsa, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Kebun Bandar Sungai Bunus.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (depan, kiri) berkenan menyertai Program Kayuhan Basikal bersama peserta Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis dan ahli Persatuan Kebun Bandar Sungai Bunus.
AM
Raja Muda Perlis Berkenan Sertai Kayuhan Bersama Alumni UiTM Perlis, Komuniti Bandar