PASARAN

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Walaupun Prestasi COMEX Melemah

07/01/2026 09:52 PM

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun prestasinya lemah di COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak baharu bulan semerta Januari 2026 meningkat kepada US$4,474.0 setiap auns troy daripada US$4,469.8 yang dicatatkan pada Selasa, Februari 2026 melonjak kepada US$4,490.7 daripada US$4,486.5, manakala Mac 2026 menokok kepada US$4,508.7 daripada US$4,503.2.

Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga menaik, berakhir pada US$4,526.7 setiap auns troy berbanding US$4,521.2 sebelumnya.

Jumlah dagangan meningkat kepada 303 lot daripada 149 lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 344 kontrak berbanding 214 kontrak sebelumnya.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association setakat 6 Jan 2026, emas fizikal berada pada US$4,452.75 setiap auns troy.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2510060