KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan harga emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).
Kontrak bulan semerta baharu Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,440.70 pada Khamis, Februari 2026 naik kepada US$4,502.20 setiap auns troy daripada US$4,457.20, dan Mac 2026 menokok kepada US$4,520.10 setiap auns troy daripada US$4,475.20.
Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga tinggi ditutup kepada US$4,538.10 setiap auns troy daripada US$4,493.20 sebelumnya.
Jumlah dagangan turun kepada 141 lot daripada 239 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 238 kontrak daripada 315 kontrak.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,429.35 setiap auns troy di London Bullion Market Association pada 8 Januari 2026.
-- BERNAMA