KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan ketika ia bergerak menuju ke paras US$4,600 setiap auns troy.
RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) bagaimanapun berkata sekiranya momentum menurun semakin mengukuh, paras US$4,200 setiap auns troy sepatutnya bertindak sebagai penampan.
Berdasarkan perbandingan mingguan, kontrak Januari 2026 meningkat kepada US$4,485.40 setiap auns troy daripada US$4,401.8 seminggu sebelumnya, manakala Februari 2026 meningkat kepada US$4,502.20 daripada US$4,417.3 dan Mac 2026 melonjak kepada US$4,520.10 daripada US$4,433.9.
Kontrak April, Jun dan Ogos 2026 juga ditutup lebih tinggi kepada US$4,538.10 setiap auns troy, daripada US$4,451.9 sebelumnya.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 1,160 lot daripada 441 seminggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 238 kontrak daripada 95.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,429.35 setiap auns troy pada penetapan 8 Januari 2025 di London Bullion Market Association.
-- BERNAMA