AM

Hujan Lebat Berterusan Di Sarawak Bermula Esok Hingga 1 Jan - MetMalaysia

30/12/2025 03:17 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga 1 Jan 2026.

Dalam kenyataan hari, MetMalaysia memaklumkan antara kawasan dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2507243