KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, sejajar dengan kenaikan di pasaran tunai.
Pada penutupan dagangan, Disember 2025 meningkat 5.5 mata kepada 1,646.50; Januari 2026 dan Mac 2026 masing-masing naik 6.5 mata kepada 1,650.50 dan 1,635.50 manakala Jun 2026 menambah 4.5 mata kepada 1,636.0.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 7,193 lot daripada 7,550 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 44,677 kontrak daripada 45,096 sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI menokok 5.46 mata atau 0.33 peratus kepada 1,646.90 daripada 1,641.44 ketika ditutup semalam.
-- BERNAMA