Anderson Kalang, pemuzik yang kini merupakan seorang usahawan berkata sape mula meraih minat, diterima oleh orang Melayu, India dan Cina sebagai sebahagian daripada identiti budaya bersama Malaysia.
Kalang yang berasal daripada suku Kelabit Sarawak bukan sahaja mengajar alat muzik tradisional itu malah turut menjualnya.
Pengasas bersama Sape’Star KL (Sape’ HUB) berkata ketika beliau bersama rakan kongsi perniagaannya, Saufi Aiman Yahya, memulakan akademi tersebut mereka mendapati sape bukan sahaja dihargai oleh masyarakat Borneo tetapi juga oleh orang Melayu, Cina dan India dari semenanjung.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anderson Kalang, pemuzik yang kini merupakan seorang usahawan berkata sape mula meraih minat, diterima oleh orang Melayu, India dan Cina sebagai sebahagian daripada identiti budaya bersama Malaysia.
Kalang yang berasal daripada suku Kelabit Sarawak bukan sahaja mengajar alat muzik tradisional itu malah turut menjualnya.
Selama berabad-abad alunan merdu sape sentiasa kedengaran bergema di setiap rumah panjang di pinggir sungai di pedalaman Sarawak yang mengiringi sama ada ritual penyembuhan, kesyukuran dan juga ketika penceritaan cerita rakyat.
Sape, alat muzik tradisional Orang Ulu di Sarawak yang berbentuk seperti bot dan dipetik seperti gitar bukan sekadar alat muzik - ia adalah jiwa masyarakat Orang Ulu bagi meraikan sambutan acara penting masyarakat.
Hari ini, alat seperti kecapi tradisional ini telah melangkaui penggunaan tradisinya dan muncul sebagai simbol kebanggaan budaya dan warisan negara.
Anderson Kalang, pemuzik yang kini merupakan seorang usahawan berkata sape mula meraih minat, diterima oleh orang Melayu, India dan Cina sebagai sebahagian daripada identiti budaya bersama Malaysia.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
EKONOMI
Gema Muhibbah: Alunan Merdu Sape Mengikat Penyatuan Rakyat Malaysia