Mohd Nazarudin Muhamat, 50, (kiri) dan isterinya, Nur Nadiatul Asyukin Muhammad Nasir, 36, (kanan) bersama enam anak mereka yang kini terpaksa berteduh di sebuah bangunan kosong yang juga merupakan rumah sarang burung layang-layang milik ibu mertuanya, di sini hari ini.
Menurut Mohd Nazarudin, mereka sekeluarga menumpang di situ sejak setahun lalu kerana tidak mampu menampung kos sewa rumah yang semakin tinggi.
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (dua kiri) menyampaikan bantuan kepada Mohd Nazarudin Muhamat, 50, (tiga kanan) dan isterinya, Nur Nadiatul Asyukin Muhammad Nasir, 36, (dua kanan) yang bersama enam anak mereka terpaksa berteduh di sebuah bangunan kosong yang juga merupakan rumah sarang burung layang-layang, di sini hari ini.
Mohd Nazarudin Muhamat, 50, (tiga kiri) bersama isterinya, Nur Nadiatul Asyukin Muhammad Nasir, 36, (dua kanan) dan enam anak mereka menyediakan aiskrim untuk dijual sebagai pendapatan sampingan ketika ditemui di sini, hari ini.
Akibat kesempitan hidup, keluarga lapan beranak itu terpaksa berteduh di dalam bangunan rumah burung layang-layang milik ibu mertuanya sejak setahun lalu, kerana tidak mampu menanggung kos sewa rumah yang tinggi.