DUNIA

Rubio Dijadual Bertemu Menteri Luar China Wang Yi Di KL

11/07/2025 11:26 AM

WASHINGTON, 11 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Kuala Lumpur pada Jumaat, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik jadual rasmi Jabatan Negara AS.

“Setiausaha Rubio akan bertemu Pengarah Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Parti Komunis China (PKC) merangkap Menteri Luar Wang Yi di Kuala Lumpur, Malaysia,” menurut kenyataan jadual berkenaan.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 3 petang waktu tempatan (07:00 GMT).

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2443988