Pemilik syarikat perkhidmatan pendawaian elektrik Mohd Khairudin Ali Amran, 40, (kiri) didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah memperdaya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah untuk membayar RM20,000 bagi pembekalan dan pemasangan enam unit Smart TV.
Hakim Zulhazmi Abdullah turut memerintahkan Mohd Khairudin dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA