PASARAN

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

20/05/2025 07:24 PM

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Mei 2025, September 2025 dan Disember 2025 semuanya turun 5.5 mata masing-masing kepada 1,547.5, 1,546.5 dan 1,532.0, manakala Jun 2025 susut 6.0 mata kepada 1,546.5. 

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4,936 lot daripada 5,451 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun sedikit kepada 39,281 kontrak daripada 39,659 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, Indeks petunjuk pasaran itu turun 7.27 mata atau 0.47 peratus kepada 1,548.87 daripada paras penutup 1,556.14 pada Isnin.

-- BERNAMA


 

 

© 2025 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy  
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2424992