Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Fortescue yang diwakili oleh Pengerusi Eksekutifnya yang juga Pengasas Fortescue, Minderoo Foundation dan Tattarang Dr Andrew Forrest AO (empat, kiri), hari ini. Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), pertemuan itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Mountain Plaza Hotel di sini, apabila Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengetuai delegasi Malaysia.
Foto : PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) AstraZeneca yang diwakili oleh Ketua Pegawai Strateginya Marc Dunoyer (kanan), hari ini.
Foto: PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) DP World yang diwakili oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Sultan Ahmed Bin Sulayem (tengah), hari ini.
Foto: PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Nestle yang diwakili oleh Naib Presiden Eksekutifnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zon Asia, Oceania dan Afrika Remy Ejel (dua, kiri), hari ini.
Foto: PMO
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan syarikat multinasional (MNC) Google yang diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google Ruth Porat (kiri), hari ini.
Foto: PMO