BERITA TERKINI   PM Anwar doakan urusan jemaah haji Malaysia dipermudah, dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang di Tanah Suci | 

Terdapat 12671 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Malaysia Terus Pacu Peralihan Tenaga Boleh Baharu, Integrasi Tenaga Serantau - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia akan terus beralih ke arah tenaga boleh baharu (RE) dan mengekalkan asas stabil dalam sistem tenaga yang akan menjadi peneraju kestabilan negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ketidakpastian Geopolitik Pacu Peralihan Daripada Kecekapan Kepada Daya Tahan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Negara-negara sedang beralih daripada model ekonomi yang dipacu kecekapan kepada daya tahan berikutan ketidakpastian geopolitik yang semakin meningkat membentuk semula landskap ekonomi global termasuk strategi perdagangan dan pelaburan.

Kerajaan Teliti Cadangan Simpanan Petroleum Strategik Susulan Ketidaktentuan Bekalan Global

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan simpanan petroleum strategik sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang keterjaminan tenaga negara susulan ketidaktentuan bekalan global.

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama Malaysia 5.3 Peratus Satu Kejutan Positif - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.3 peratus pada suku pertama 2026 dilihat sebagai satu kejutan positif, menurut ahli ekonomi.

Inflasi Mac Pada 1.7 Peratus Kekal Terkawal, Bersifat Sementara - Ahli Ekonomi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 April  (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Ketika Harga Minyak Mentah Susut

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dalam persekitaran harga minyak mentah menyusut, kata peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Jumaat sejajar dengan pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Unjuran Kukuh KDNK

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan minggu ini dengan meneruskan momentum kenaikan, dipacu sentimen positif berikutan pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang sekali gus mengukuhkan naratif permintaan domestik yang berdaya tahan.

Kekuatan Infrastruktur, Rantaian Bekalan Faktor Kejayaan Pelaburan AWS Di Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kekuatan infrastruktur dan kecekapan rantaian pembekalan Malaysia adalah antara faktor utama kepada kejayaan pelaburan Amazon Web Services (AWS) di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

CAAM Catat Prestasi Tepat Masa Lebih Baik Sepanjang Tempoh Perjalanan Hari Raya

PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mencatatkan prestasi tepat masa (OTP) yang stabil dan lebih baik merentasi perjalanan udara di Malaysia ketika tempoh perjalanan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Empire Premium Food Sasar Pertumbuhan 3.0-5.0 Peratus Bagi Kedai Sedia Ada Setiap Tahun

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Empire Premium Food Bhd yang terlibat dalam industri makanan dan minuman menyasarkan pertumbuhan antara tiga hingga lima peratus untuk kedai sedia ada setiap tahun, dengan penanda aras itu ditetapkan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi pengurus cawangan.

Kenaikan Harga Minyak, Insentif Cukai Percepat Peralihan Malaysia Kepada EV - Pakar

PETALING JAYA, 17 April (Bernama) -- Kenaikan harga minyak yang berkaitan dengan krisis Asia Barat dan pelaksanaan pengecualian cukai ke atas kenderaan elektrik (EV) oleh kerajaan dijangka mendorong lebih ramai beralih kepada EV, kata pakar.