Niaga Hadapan Emas Ditutup Tidak Berubah Walaupun Momentum Di COMEX Positif
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah hari ini, walaupun adanya, momentum positif di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
Pada penutupan, kontrak bulan semerta April 2026 tidak berubah pada US$4,868.00 setiap auns troy dan kontrak Mei 2026 berjumlah US$4,887.00 setiap auns troy.
Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 semuanya mendatar pada US$4,905.50 setiap troy auns.
Jumlah dagangan adalah sifar berbanding 23 lot yang dicatatkan pada hari Rabu, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 66 kontrak daripada 89 kontrak.
Emas fizikal ditetapkan pada US$4,823.25 setiap auns troy semasa penetapan petang London Bullion Market Association, 15 April 2026.
-- BERNAMA