1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kerajaan telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam pelarasan pelaksanaan dasar negara khususnya bagi menangani kesan krisis tenaga global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Tan Sri Mohd Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaraskan usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) Zou Jiayi membincangkan agenda pembangunan mampan yang meliputi peralihan tenaga hijau serta pemerkasaan infrastruktur digital dan teknologi termaju.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bekalan petroleum negara kekal stabil dan mencukupi, manakala kerajaan telah bersiap sedia dengan pelan kontigensi bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, dengan kerajaan memperluaskan langkah-langkah "Pelan B" untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi Malaysia yang positif merupakan cerminan kepada petanda bahawa dasar yang dilaksanakan kerajaan berada di landasan yang tepat.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan terus bertindak secara proaktif berlandaskan data dan realiti semasa, termasuk mendapatkan pandangan pihak industri serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menghadapi krisis tenaga global.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Malaysia kekal berada dalam kedudukan yang baik untuk berdepan tekanan fiskal yang semakin meningkat apabila harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$100 setong, menurut penganalisis.
7hari ago
IPOH, 28 Mac (Bernama) -- Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menekankan bahawa semua lapisan masyarakat mesti memainkan peranan proaktif dan bertanggungjawab dengan menggunakan bahan api secara berhemat dan memastikan penggunaan tenaga yang mampan dalam persekitaran ketidakpastian berterusan di Asia Barat.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Peralihan Malaysia ke arah kenderaan elektrik (EV) mungkin akan dipercepatkan disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah terutamanya dalam kalangan pembeli segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) premium, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.