BERITA TERKINI   Malaysia kekal dalam keadaan terkawal, bersedia dan mengambil langkah proaktif untuk mengurus kesan krisis tenaga global - TPM Fadillah | Krisis Tenaga Global: Langkah penjimatan tenaga nasional cermin komitmen kerajaan memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga berhemat - TPM Fadillah | Bekalan petroleum negara kekal mencukupi dan stabil - TPM Fadillah | Kerajaan telah sediakan pelan kontingensi pastikan kelangsungan bekalan dalam sebarang keadaan, termasuk mendapatkan bekalan daripada pasaran alternatif jika gangguan berpanjangan - TPM Fadillah | Kerajaan, Petronas serta peserta industri pantau rantaian bekalan setiap hari - TPM Fadillah | 

Petronas Bantu Kerajaan Sedia Bekalan Minyak, Gas Sehingga Mei - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurangnya melangkau sehingga Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara.

“Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara,” kata Anwar menerusi video taklimat ringkas hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha itu turut melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara selain mendapat bantuan daripada tokoh yang sangat berwibawa untuk membantu dalam bidang itu.

“Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, jawatankuasa-jawatankuasa khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal dan bekalan tenaga terjamin,” kata Anwar. 

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengumumkan untuk mengambil langkah awal termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal.

“Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah-langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana,” katanya. 

-- BERNAMA