7jam ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan harga minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) ketika waktu dagangan Asia, kata peniaga.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan penurunan pada Khamis, menjejaki prestasi COMEX AS yang lemah apabila sentimen pasaran terjejas oleh kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) susulan inflasi yang lebih tinggi.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini dipacu oleh anggaran eksport yang lebih kukuh serta pengeluaran yang lebih rendah, kata seorang peniaga.
1hari ago
Daripada Mohd Iswandi Kasan Anuar
TOKYO, 10 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun menumpukan kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam menarik pelaburan dan perdagangan serta sektor berteknologi tinggi yang memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat.
3hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh kenaikan harga minyak mentah dan minyak soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.
4hari ago
JOHOR BAHRU, 7 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp Malaysia hari ini melancarkan Program Sokongan Industri dan Perniagaan Rakyat (SINAR) bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
6hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat dipengaruhi oleh kelemahan berterusan dalam niaga hadapan minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Kerjasama serantau akan menjadi faktor penting dalam mengoptimumkan sumber dan mewujudkan pasaran yang lebih kukuh bagi menyokong pelaburan jangka panjang dalam sektor tenaga, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).
13hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan turun naik harga tenaga, kata seorang peniaga.
13hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, dipacu oleh minat risiko baharu susulan laporan kemungkinan Selat Hormuz yang menjadi laluan utama penghantaran minyak global, bakal dibuka semula.
16hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, disokong oleh kenaikan ketara harga minyak mentah dan prospek pengeluaran minyak sawit Malaysia yang lebih lemah, kata seorang peniaga.
17hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran walaupun keadaan masih amat tidak menentu.