BERITA TERKINI   Kontrak Ketua Jurulatih Harimau Malaya Peter Cklamovski dan CEO Rob Friend ditamatkan atas persetujuan bersama - FAM | STPM 2025: Seramai 1,366 calon dapat PNGK 4.0, 50 orang dapat 5A - MPM | STPM 2025: Seramai 38,144 daripada 40,199 calon hadir menduduki peperiksaan - MPM | STPM 2025: Purata Nilai Gred Keseluruhan nasional meningkat kepada 2.88 berbanding 2.85 pada 2024 - MPM | PRN Johor: PH dijangka umum calon pada Isnin, 22 Jun - Dr Zaliha | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur 

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan turun naik harga tenaga, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata harga MSM bercampur-campur apabila pemain pasaran menjejaki pergerakan dalam pasaran tenaga.

Pada penutup dagangan, kontrak Jun 2026 naik RM8 kepada RM4,470 satu tan, Julai 2026 dan Ogos 2026 susut RM2, masing-masing kepada RM4,503 and RM4,535 setan

Kontrak September 2026 meningkat RM1 kepada RM4,561 satu tan, October 2026 menokok RM5 kepada RM4,590 setan dan November 2026 melonjak RM9 kepada RM4,620 satu tan.

Jumlah dagangan menambah kepada 76,012 lot daripada 59,830 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 285,715 kontrak daripada 285,564 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan kekal tidak berubah pada RM4,490 setiap tan.

Bursa Malaysia akan ditutup pada Isnin, 1 Jun dan Selasa, 2 Jun bersempena dengan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong serta cuti gantian Hari Wesak.

Dagangan akan disambung semula pada Rabu, 3 Jun.

-- BERNAMA