3hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Anak syarikat Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Renewables Sdn Bhd melalui unitnya TNB Kuala Muda Solar Sdn Bhd menerbitkan sukuk bernilai RM1.05 bilion melalui Sukuk Wakalah Hijau ASEAN bagi Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) untuk membiayai projek solar fotovolta (PV) di Kedah.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- RT Pastry Holdings Bhd (RT Pastry) memeterai perjanjian taja jamin dengan KAF Investment Bank Bhd sebagai sebahagian pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) serta penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Manforce Group Bhd telah terlebih langganan sebanyak 3.47 kali susulan pemindahan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuhkan ekosistem semikonduktor tahun ini menerusi penyepaduan rantaian bekalan, pembangunan keupayaan tempatan dan perkongsian bernilai tinggi dengan platform seperti SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2026 dijangka memainkan peranan pemangkin.
25hari ago
Oleh JAILANI HASAN
LABUAN, 16 April (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) melalui Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) melancarkan Sudut ISRA yang merupakan satu langkah strategik ke arah mewujudkan ekosistem Industri di Kampus (IoC) untuk kewangan Islam di Labuan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) AMS Advanced Material Bhd terlebih langgan sebanyak 9.03 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Kurator pengalaman pelancongan luar negara perkhidmatan penuh, Golden Destinations Group Bhd, menyasar untuk mengumpul RM90 juta melalui tawaran awam awal (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 16 April, 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Pengendali perkapalan kontena, MTT Shipping and Logistics Bhd (MTTSL), merancang untuk mengumpul RM652.5 juta melalui terbitan awam sebanyak 633.5 juta saham biasa baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Syarikat makanan dan minuman Empire Premium Food Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM152.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 17 April 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd memberi teguran secara terbuka dan denda sebanyak RM300,000 kepada KAF Investment Bank Bhd (KAF IB) kerana melanggar keperluan penyenaraian Pasaran ACE (ACE LR) Bursa Malaysia Securities.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia akan berkembang menjadi hab produk dengan produk khusus bertemakan ASEAN termasuk dana dagangan bursa (ETF) patuh Syariah, dana beretika, mampan dan infrastruktur, melalui pelaksanaan Pelan Induk Pasaran Modal 2026–2030 (CMP).