Terdapat 367 berita berdasarkan kata kunci carian " ogos 2025"

Pengeluaran MSM Susut 0.73 Peratus, Eksport Naik 7.69 Peratus Pada Sept -- MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia menurun 0.73 peratus bulan ke bulan kepada 1.84 juta tan pada September 2025 daripada 1.86 juta tan pada Ogos 2025, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 

Jualan Sektor Pembuatan Cecah RM168.3 Bilion, Naik 2.7 Peratus Pada Ogos 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Armani Group Raih Tiga Kemenangan Di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2025

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Armani Group sekali lagi mengesahkan kedudukannya sebagai salah satu pemaju hartanah mewah terkemuka di Malaysia selepas merangkul tiga anugerah berprestij di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia 2025.

Kerajaan Komited Perluas Pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal, Perkasa PMKS

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited memperluas pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di peringkat antarabangsa khususnya untuk memperkasa penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri halal global dan memperkukuh rantaian nilai eksport negara.

Pasaran Getah Teruskan Aliran Kenaikan Dengan Pembeli Dari China Kembali Ke Pasaran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan niaga hadapan getah serantau susulan kembalinya pembeli dari China ke pasaran ketika harga minyak mentah kekal stabil, kata seorang peniaga.

Top Glove Kembali Untung Dengan Keuntungan Bersih RM109 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM109.07 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2025 daripada kerugian bersih sebanyak RM64.88 juta pada tahun sebelumnya.

Pengeluaran Getah Asli Susut 12.8 Peratus Pada Ogos 2025

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Indeks Harga Seunit Besi Naik 0.4-1.9 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Indeks harga besi mencatatkan peningkatan antara 0.4 peratus hingga 1.9 peratus pada September 2025 berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bank Digital Mahu Jadi Platform Agihan Subsidi, Bantuan Tunai Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) – Bank-bank digital meminta kerajaan untuk mengutamakan pengagihan subsidi bersasar dan bantuan tunai dalam Belanjawan 2026 menerusi platform digital bank berkenaan yang mampu melaksanakan sistem penyampaian secara lebih adil dan cekap.

Kerajaan Persekutuan Lulus RM24.15 Bilion Pinjaman Kepada Kerajaan Negeri Setakat Ogos

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman sebanyak RM24.15 bilion kepada kerajaan negeri sehingga 31 Ogos 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MARC Ratings Kekalkan Penarafan AA-IS Orkim Dengan Semakan Semula Prospek

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan AA-IS untuk program nota jangka sederhana Islam (IMTN) Orkim Bhd sehingga RM1 bilion dan menyemak semula prospek penarafan daripada stabil kepada positif.

Armani Group Perkenal Barisan Kulinari Bertaraf Dunia Di Armani Hallson KLCC

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Armani Group bekerjasama dengan Serendipity Assets Management bagi memperkenalkan barisan kulinari bertaraf dunia di Armani Hallson KLCC.