8jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang dianggap sebagai tulang belakang ekonomi menunjukkan perkembangan pada tahun ini selepas dipacu oleh persekitaran ekonomi yang lebih stabil dan pemulihan secara beransur dalam permintaan domestik, yang meningkatkan keyakinan perniagaan serta jualan di seluruh sektor.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pusat beli-belah Sunway Square Mall beroperasi secara rasmi hari ini, sekali gus menandakan pembukaan hab komuniti mesra haiwan peliharaan empat tingkat seluas 320,000 kaki persegi di Sunway City Kuala Lumpur.
2hari ago
BUTTERWORTH, 12 Dis (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) terus mengukuhkan komitmen terhadap pembangunan ekonomi luar bandar menerusi pelancaran Trak Perkhidmatan Desamall@PERDA yang berfungsi sebagai platform promosi dan pemasaran bergerak untuk usahawan desa.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Sidang kemuncak kepimpinan dan pemerkasaan ekonomi berfokuskan wanita terulung di Malaysia, WE2025 Future in Motion yang diadakan dari 25 hingga 27 November mencatatkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM109 juta, melepasi sasaran awal RM100 juta.
21hari ago
Oleh Linda Khoo
SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Produk halal Malaysia mampu meneroka pasaran sektor makanan mudah dan premium Korea Selatan yang pesat berkembang, berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap barangan halal, organik dan daripada sumber yang lestari.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia susut kepada 1.3 peratus pada Oktober 2025, berbanding 1.5 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik bagi produk negara memasuki pasaran Afrika, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- OSK Property bakal melancarkan Bayu68, pembangunan komersil pertama di perbandaran OSK Iringan Bayu seluas 1,717 ekar di Seremban, berfungsi sebagai hab perniagaan untuk komuniti sedia ada dan populasi kawasan yang semakin meningkat serta kawasan perumahan berdekatan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Malaysia merancang untuk memperkukuh penglibatan perdagangannya dengan Kemboja, antara ekonomi yang sedang berkembang pesat di ASEAN melalui misi pemerkasaan eksport ke negara itu dari 25 hingga 27 November.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Shanghai (MIHAS@Shanghai) mencatatkan jualan keseluruhan berjumlah RM3.2 bilion, sekali gus mengatasi sasaran sebanyak RM3 bilion dan menandakan pencapaian penting dalam usaha Malaysia memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju global industri halal.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Amanina Mohamad Yusof
SHANGHAI, 9 Nov (Bernama) -- Penyertaan syarikat Malaysia di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Shanghai (MIHAS@Shanghai) membuka peluang baharu kepada produk tempatan untuk menembusi pasaran halal China yang semakin berkembang pesat.