BERITA TERKINI   Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Vietnam, Thailand berikutan banjir - Mohamad Hasan | Pembinaan jajaran ECRL di Terengganu catat kemajuan 94.82 peratus setakat Oktober 2025, tertinggi berbanding di Kelantan, Pahang dan Selangor - CEO MRL | Kemajuan keseluruhan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) capai 89 peratus setakat Oktober 2025 - CEO MRL | Tiga penjenayah ditembak mati dalam Op Casa Melaka, seorang anggota polis cedera dilibas parang – Ketua Polis Melaka | Tiga penjenayah ditembak mati dalam Op Kasar, seorang anggota polis cedera dilibas parang – Ketua Polis Melaka | 

Ethiopia Jadi Pintu Masuk Produk Malaysia Ke Afrika - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik bagi produk negara memasuki pasaran Afrika, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam catatan di laman X, beliau berkata penilaian itu dibuat susulan pertemuan antara delegasi Malaysia yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali, yang menyaksikan kedua-dua negara bersetuju memperkukuh hubungan perdagangan dua hala.

“Kita melihat Ethiopia sebagai pintu masuk strategik untuk produk Malaysia ke benua Afrika, manakala Malaysia pula sebagai pintu masuk untuk produk Ethiopia ke pasaran ASEAN,” katanya. 

Tengku Zafrul berkata sektor utama kerjasama merangkumi industri halal, yang menawarkan potensi besar bagi eksport makanan dan minuman halal Malaysia, selain produk seperti kelapa sawit.

“Kami juga sedang meneroka peluang untuk mengimport kopi berkualiti tinggi, biji minyak, dan hasil hortikultur dari Ethiopia.

“Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industru komited untuk terus menyokong pengukuhan hubungan perdagangan dua hala ini,” kata beliau. 

-- BERNAMA