11jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.3 peratus pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang berterusan dan aktiviti pelaburan yang mampan, selain didorong oleh permintaan kukuh bagi produk elektrik dan elektronik serta infrastruktur pusat data.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan pendirian positifnya terhadap sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) bagi tahun ini, didorong oleh persekitaran kadar faedah yang stabil serta pemulihan permintaan dipacu oleh pelancongan.
1hari ago
PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Tahun 2026 menjadi tempoh permulaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan tumpuan utama terhadap aspek penterjemahan dasar kepada tindakan sebenar demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan permintaan simen akan kekal stabil, disokong oleh projek-projek infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), yang menyasarkan perbelanjaan pembangunan kasar sebanyak RM430 bilion bagi tempoh 2026–2030, berbanding RM415 bilion di bawah RMK-12.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 dan 2024 pada tahun ini.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --Sektor logistik Malaysia terus mencatatkan prestasi lebih baik, disokong oleh permintaan domestik dan aktiviti e-dagang yang berdaya tahan, meskipun pertumbuhan perdagangan secara keseluruhannya sederhana, kata Kenanga Research.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kadar faedah jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.
15hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Berbaki kurang seminggu sebelum penutupan 2025, ringgit meneruskan momentum meningkat, diniagakan sekitar 4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- MARC Ratings mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke atas Malaysia pada AAA dengan tinjauan stabil berdasarkan skala penarafan nasional agensi penarafan kredit itu.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan peningkatan pada November 2025, dengan jumlah dagangan meningkat 11.1 peratus kepada RM263.8 bilion daripada RM237.4 bilion.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) melancarkan edisi kesembilan penerbitan penyelidikan tahunannya, ASEAN Insurance Pulse 2025.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 untuk memperkukuh sistem percukaian negara.