BERITA TERKINI   Sebuah PPS dibuka di Pontian tempatkan 57 penduduk susulan banjir kilat - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri | Menteri di Jabatan Premier Datuk Seri John Sikie Tayai dipilih sebagai presiden baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS) | PRN Sabah: pembahagian kerusi BN dan PH telah dimuktamadkan bagi elak pertembungan - Ahmad Zahid | 

Terdapat 170 berita berdasarkan kata kunci carian " ketegangan geopolitik "

Kaukus PKS ASEAN Dorong Kerjasama Perniagaan Serantau - Ramanan 

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kaukus PKS ASEAN adalah platform strategik yang menghimpunkan wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama rentas sempadan, memperjuangkan pembangunan PKS dan menambah baik suara kolektif komuniti perniagaan serantau.

Pasaran Getah Dijangka Meningkat Minggu Depan Dipacu Kekangan Bekalan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan berikutan kekangan bekalan akibat keadaan cuaca buruk khususnya di negara pengeluar getah utama iaitu Thailand dan Malaysia, kata Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada hari Khamis, menjejaki keuntungan emas COMEX selepas logam berharga itu mencecah rekod tertinggi di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin memanas dan dolar US yang lebih lemah.

Pasaran Getah Teruskan Aliran Kenaikan Dengan Pembeli Dari China Kembali Ke Pasaran

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan niaga hadapan getah serantau susulan kembalinya pembeli dari China ke pasaran ketika harga minyak mentah kekal stabil, kata seorang peniaga.

Segmen Motor, Kebakaran Pacu Pertumbuhan Dalam Industri Insurans Am Di Malaysia - PIAM

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia berkembang 4.0 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2025 dengan premium bertulis kasar (GWP) meningkat kepada RM12.3 bilion daripada RM11.8 bilion, kebanyakannya didorong oleh segmen motor dan kebakaran, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Pasaran Getah Teruskan Kenaikan Disebabkan Gangguan Bekalan, Langkah Rangsangan China

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran meningkat hari ini, disokong oleh gangguan berterusan dalam bekalan getah asli, langkah rangsangan China dan harga minyak yang stabil, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Penurunan Harga Minyak

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan tertekan oleh kejatuhan harga minyak, kata seorang peniaga.

Indonesia Seru ASEAN Manfaatkan Semangat Gotong-Royong Tangani Cabaran Geopolitik

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Indonesia menyeru negara-negara anggota ASEAN supaya memanfaatkan semangat gotong-royong sebagai penyelesaian untuk memperkukuh kerjasama dalam meredakan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di rantau ini.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran peningkatan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Belanjawan 2026 Diharap Pacu Industri Perkapalan, Malaysia Sebagai Hab Maritim

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Industri perkapalan Malaysia dijangka kekal positif dan berada dalam kedudukan baik untuk meraih manfaat daripada daripada pelbagai usaha penyusunan dan penjajaran semula rantaian bekalan.

FMM Unjur Sektor Pembuatan Catat Prestasi Lemah Pada Separuh Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) - Sektor pembuatan dijangka mencatatkan prestasi lemah pada separuh kedua 2025 berikutan tekanan kos yang berterusan dan jangkaan permintaan yang lebih lemah, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Didorong Jangkaan Dasar Fed Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh gabungan faktor luaran termasuk jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) negara maju itu mengamalkan dasar yang lebih akomodatif, kata penganalisis.