BERITA TERKINI   Ringgit diniagakan pada 3.9540 berbanding dolar AS pada rehat tengah hari | Setakat ini, Malaysia belum menerima notis atau pemberitahuan rasmi daripada AS mengenai garis masa untuk meratifikasi ART - Johari | MITI bersama agensinya, MATRADE dan MIDA dibantu oleh MIDF Research sedang melaksanakan analisis kos-faedah (CBA) bagi ART - Johari | Pelaksanaan projek Loji Janakuasa 120MW di Zon Perindustrian Rancha-Rancha pastikan kecukupan bekalan tenaga elektrik di Labuan - TPM Fadillah | Angka ekonomi positif berjaya memperkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Dipacu Peningkatan Serantau

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran peningkatan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat di kebanyakan bursa utama, dipacu oleh penurunan yen, manakala harga minyak mentah yang kukuh turut meningkatkan sentimen pasaran.

"Harga minyak meningkat pada Isnin, didorong oleh ketegangan geopolitik di Eropah dan Timur Tengah, meskipun prospek peningkatan bekalan serta kebimbangan terhadap kesan tarif perdagangan ke atas bahan api global menjejaskan sentimen," katanya kepada Bernama.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent naik 0.51 peratus kepada US$67.02 satu tong.

Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh risiko geopolitik dan kebimbangan tarif perdagangan.

 Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 10.5 sen kepada 737.0 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik tiga sen kepada 581.0 sekilogram.

-- BERNAMA