28hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- ASEAN akan terus membina jambatan dan bukannya tembok dengan rakan dagang utama dengan cara kekal komited kepada sistem perdagangan pelbagai hala berasaskan peraturan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
1bulan ago
DILI (TIMOR-LESTE), 16 Sept (Bernama) -- Kedudukan Timor-Leste sebagai "papan loncatan" ke pasaran di Indonesia dan utara Australia menjadikannya destinasi menarik bagi pelabur, institusi latihan dan organisasi media negara, kata Duta Malaysia ke Timor-Leste Datuk Amarjit Singh.
1bulan ago
Daripada Harizah Hanim Mohamed
BUSAN, 27 Ogos (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan dijangka memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd, Fullgoal Asset Management (HK) Ltd (Fullgoal HK) dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan penyenaraian dana dagangan bursa (ETF) asing di Bursa Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasilkan kekuatan unik dalam membawa pemimpin ASEAN bersama-sama untuk membincangkan dan menangani isu serantau secara kolaboratif.
4bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030 (AEC) akan memacu integrasi yang lebih mendalam dan mewujudkan kemakmuran di seluruh ekonomi Asia Tenggara serta meningkatkan daya tahan blok itu terhadap tekanan ekonomi luar, kata seorang pakar ekonomi hari ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan berlangsung buat kali pertama hari ini, mencerminkan kejayaan dalam membentuk semula corak kerjasama sejajar dengan realiti dunia multipolar hari ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung hari ini dan esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan turut membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di peringkat bilateral dan antara ketua-ketua negara.
4bulan ago
Oleh V. Sankara
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu memanfaatkan inisiatif strategik seperti Pasukan Petugas Geo-ekonomi ASEAN dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) bagi mengurangkan jurang ekonominya dengan blok global utama seperti Kesatuan Eropah (EU).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk memacu perdagangan rentas wilayah, memperkukuh rantaian bekalan serantau dan memajukan pembangunan infrastruktur yang mampan, mengambil kira skala ekonomi gabungan ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China yang sangat besar.