7jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Dividen berasaskan operasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
9jam ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun mengalami penurunan pada awal dagangan, disokong oleh pemulihan dalam pasaran minyak kacang soya.
9jam ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP) Hainan di China, yang akan memulakan operasi khas kastam di seluruh pulau Hainan pada 18 Dis 2025, membuktikan lagi liberalisasi ekonomi China yang berterusan, berbanding dengan hala tuju dasar Amerika Syarikat (AS).
10jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Paramount Corporation Bhd, Prima Kuasa Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan SJ Properties Sdn Bhd untuk memperoleh 19.62 hektar (48.49 ekar) bagi projek perumahan pada harga RM579 juta.
10jam ago
PUTRAJAYA, 17 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu menerima realiti bahawa negara tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada dividen daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memandangkan syarikat minyak nasional itu beroperasi sebagai entiti komersial yang prestasinya berkait rapat dengan harga minyak global.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan jangkaan penurunan kadar faedah yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan pada tahun depan susulan data senarai gaji bukan ladang (NFP) AS yang kukuh.
11jam ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turutnya apabila sesetengah peniaga mengambil keuntungan.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- ITMAX System Bhd menerima surat setuju terima (LoA) daripada Kementerian Dalam Negeri bagi perkhidmatan pemasangan dan penyewaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) dengan kontrak berjumlah RM36 juta.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama empat hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung selepas indeks petunjuk pasaran mencatat prestasi positif setakat ini pada tahun ini.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan jumlah jualannya ke Eropah akan meningkat dengan ketara pada suku kedua bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026, disokong oleh tempahan yang tinggi baru-baru ini.
12jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan di pasaran tunai.