3bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 edisi ke-21 mencatatkan jualan tertinggi sebanyak RM6.05 bilion, mengatasi RM4.3 bilion tahun lepas dengan peningkatan 40.7 peratus.
3bulan ago
SANDAKAN, 23 Okt (Bernama) -- MJets Air Sdn Bhd, anak syarikat MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd yang juga cabang penerbangan MMAG Holdings Bhd (MMAG), hari ini melancarkan perkhidmatan kargo udara terus pertama antara Kuala Lumpur dan Sandakan yang menandakan pencapaian bermakna dalam rangkaian kesalinghubungan kargo udara Malaysia.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kebanyakan Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dijangka dimuktamadkan pada penghujung tempoh kepengerusian, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meraih potensi pelaburan hijau bernilai RM7.3 bilion semasa Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Dasar fiskal kerajaan kekal komited untuk menyokong objektif pembangunan negara dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
3bulan ago
TASEK GELUGOR, 19 Okt (Bernama) -- Ekspo PERDA (EXPERT) 2025 yang diadakan di Midtown Perda Kubang Menerong di sini sejak Khamis lepas berjaya melepasi sasaran RM2 juta nilai jualan dan kontrak selain menarik kehadiran lebih 75,000 pengunjung.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Berdasarkan data kerajaan, kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter yang disediakan di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mencukupi untuk kegunaan peribadi biasa, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkenalkan pendekatan ekonomi dan inisiatif baharu yang dirangka khusus untuk memperkasa rakyat terutama golongan muda.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi berkata sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berfungsi dengan lancar dan stabil dengan lebih 11 juta rakyat Malaysia telah menikmati harga RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter setakat 13 Okt, 2025.
3bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Dunia mengiktiraf usaha kerajaan untuk melindungi kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia, bagaimanpun mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap perbelanjaan pembangunan (DE) yang lebih rendah digariskan dalam Belanjawan 2026.
3bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
OSAKA, 13 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka mempamerkan hasil awal visi fiskal Belanjawan 2026, mencerminkan pembaharuan tadbir urus, peralihan hijau, dan pengukuhan perusahan kecil dan sederhana (PKS) di peringkat global, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob.