7hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat berikutan kebimbangan geopolitik yang kembali memuncak disebabkan serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran.
7hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Serangan tentera Israel ke atas Iran awal hari ini telah menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara, sekali gus melonjakkan Indeks Tenaga Bursa Malaysia sebanyak 2.01 peratus kepada 740.76 mata berbanding 726.13 mata ketika ditutup semalam.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai positif.
7hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan memfokuskan tumpuan dalam mengukuhkan hubungan dengan negara Asia Tengah menerusi penglibatan strategik yang memberi manfaat kepada kalangan perniagaan Malaysia dan rakan niaga serantau.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.
8hari ago
PONTIAN, 13 Jun (Bernama) -- Peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merangkumi cukai jualan sebanyak lima peratus ke atas semua buah import disifatkan pengusaha nanas Johor sebagai langkah proaktif bagi melindungi industri buah-buahan tempatan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong oleh data ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk dua hari berturut-turut, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, yang mengukuhkan jangkaan pasaran bagi pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akhir tahun ini.