BERITA TERKINI   Malaysia tuan rumah Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Alam Sekitar ASEAN ke-36 di Langkawi mulai 28 Julai - NRES | Pembangunan ekonomi sempadan Malaysia-Indonesia antara agenda mesyuarat Suruhanjaya Bersama Kerjasama Dua Hala hujung bulan ini - PM Anwar | Dr Mahathir, Ahmad Zahid setuju tarik balik dua saman fitnah, prosiding komital di Mahkamah Tinggi | Pendekatan menyeluruh, inklusif dan berasas bukti percepat pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu- TPM Fadillah | PM Anwar umum penghargaan buat rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, esok - Fahmi | 

Terdapat 1289 berita berdasarkan kata kunci carian " nilai"

Unit Destini Peroleh Kontrak Penyenggaraan Kelengkapan Pesawat Bernilai RM33.05 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.

Sarawak Diunjur Catat Pertumbuhan 5-6 Peratus Pada 2024 -- Abang Johari

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.

Sektor Pembinaan Kekal Pertumbuhan Positif, Naik 22.9 Peratus Kepada RM41.1 Bilion Pada Suku Ketiga - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Sektor pembinaan terus mengekalkan momentum dengan pertumbuhan positif pada 22.9 peratus, mencapai RM41.1 bilion pada suku ketiga 2024 berbanding peningkatan 20.2 peratus, berjumlah 38.9 bilion pada suku kedua 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia Berpotensi Teroka REE Bagi Menyokong Industri Pembuatan EV - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri unsur nadir bumi (REE) di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik (EV).

Parlimen Sasar Defisit Fiskal Lebih Rendah Kepada Tiga Peratus Bagi Jangka Masa Sederhana - Lim

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI serta Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Prestasi Cemerlang Buka Peluang Rakyat Sarawak Sertai Pasaran Modal - Bursa Malaysia

KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Rakyat Sarawak diminta untuk lebih aktif menyertai pasaran modal sebagai satu cara bagi mengembangkan kekayaan, susulan pencapaian cemerlang pasaran modal negara tahun ini.

Untung Bersih 99 Speed Mart Suku Ketiga Susut Kepada RM107.16 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd (99 Speed Mart) bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 turun kepada RM107.16 juta berbanding RM111.05 juta pada suku yang sama tahun lepas. 

Pengerusi ASEAN: Malaysia Berpeluang Tingkat Kerjasama Sektor Takaful, Takaful Semula

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Untung Bersih Maxis Bagi Suku Ketiga 2024 Meningkat 27.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat 27.5 peratus kepada RM366 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (suku ketiga 2024) daripada RM287 juta dalam tempoh sama tahun lepas, didorong oleh pendapatan perkhidmatan yang meningkat dan pengurusan kos yang berhemat.

Taobao Malaysia Perkenal Pelbagai Penambahbaikan Perkhidmatan Permudah Pembelian Antarabangsa 

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Taobao Malaysia memperkenalkan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan baharu bagi memudahkan lagi pembeli Malaysia membeli belah rentas sempadan dengan lancar.

Nilai Jualan Sektor Pembuatan Naik 2.9 Peratus Kepada RM162.3 Bilion Pada September - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan bagi September 2024 mencatatkan RM162.3 bilion, meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Catat Eksport Produk Halal Berjumlah RM45.04 Bilion Setakat Januari-September 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jumlah eksport produk halal negara setakat Januari sehingga September 2024 berjumlah RM45.04 bilion berbanding RM39.36 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023.