BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Unit Destini Peroleh Kontrak Penyenggaraan Kelengkapan Pesawat Bernilai RM33.05 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat tersebut berkata kontrak tiga tahun itu bermula hari ini hingga 10 Nov, 2027.

“Syarikat juga diminta menyediakan bon prestasi sebanyak RM550,800 serta melaksanakan ‘Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) – Ready to Work’ dan kos ditanggung oleh DPSB,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan, penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu tersebut berkata, kontrak baharu itu melonjakkan nilai perolehan kontrak melebihi RM800 juta yang sekali gus meningkatkan aliran pendapatan kumpulan sehingga 2027.  

Pengarah Eksekutif Destini Bhd Ismail Mustaffa berkata kontrak berkenaan dijangka membawa kesan positif kepada prestasi kewangan Destini, menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan dan mengukuhkan aset bersih bermula pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025, serta sepanjang tempoh kontrak. 

“Nilai perolehan kontrak syarikat semasa kami meningkat kepada kira-kira RM824 juta manakala nilai tender dianggarkan kira-kira RM777 juta.

“Kontrak ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kumpulan untuk mengekalkan piawaian tertinggi  dalam penyenggaraan dan keselamatan aset kritikal tentera udara,” katanya. 

-- BERNAMA