BERITA TERKINI   Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | Pengimportan sisa elektronik (e-waste) akan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak - Azam Baki | Jawatankuasa khas ditubuhkan bagi memperkukuh penyelarasan, penguatkuasaan berkaitan e-waste - KP SPRM | Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | 

Terdapat 1407 berita berdasarkan kata kunci carian " ringgit"

Ringgit Terus Catat Kenaikan Pada Sesi Pembukaan Selepas Cecah Paras Tertinggi Hampir Tiga Minggu

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu pada Jumaat lepas, didorong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan yang dikeluarkan minggu lepas.

Ringgit Dijangka Cecah Paras Sokongan 4.36 Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump

Ringgit Ditutup Mengukuh Kepada Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir Tiga Minggu

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulan kebimbangan terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US Berikutan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) --  Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutamanya mengenai tarif dan geopolitik, kata seorang penganalisis.

Ringgit Melonjak Ke Paras Tertinggi Dalam Tempoh Hampir 2 Minggu

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Prestasi Niaga Hadapan Serantau, Isu Bekalan Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan komoditi itu selain kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan, menurut penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Minit Mesyuarat Fed

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang minit mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) bagi Januari.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

 KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) dan kenaikan bon Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur beralih kepada aset selamat ketika tumpuan terarah kepada pertemuan antara diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Arab Saudi untuk membincangkan kemungkinan menamatkan perang di Ukraine.