3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Golog Holdings Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam pengambilan dan pembangunan sebidang tanah seluas 250.1 hektar di Smart County, Labu, Negeri Sembilan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) dan Polaris Bio Co Ltd memeterai pelaburan sebanyak RM700 juta bagi membangunkan kemudahan penaiktarafan biogas berasaskan efluen kilang minyak sawit (POME) di Malaysia.
3bulan ago
SUBANG, 3 Okt (Bernama) -- Kumpulan Weststar dan MBSB Bank Bhd (MBSB) telah memeterai kerjasama strategik menerusi kemudahan pembiayaan Islam berjumlah RM1.3 bilion, bagi memacu pengembangan operasi penerbangan Weststar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan (MEIF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan ekosistem jentera dan kejuruteraan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-22 telah merekodkan jumlah jualan RM376.14 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
3bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Forum Perniagaan Tenaga ASEAN (AEBF) 2025 yang akan datang bakal menyaksikan pelancaran Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) 2026–2030, iaitu pelan tindakan strategik untuk memandu dasar-dasar tenaga serantau.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Bay Group Holdings Sdn Bhd (CapBay) dan Ultrack Technology Sdn Bhd (TrackerHero) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat penggunaan digital serta pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan keselamatan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- i-CATS University College (i-CATS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye bertujuan meningkatkan kerjasama global dalam bidang aeroangkasa dan pendidikan.
4bulan ago
SEREMBAN, 29 Sept (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menerima pelaburan baharu dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM300 juta menerusi pembangunan projek gudang automatik berteknologi tinggi di Bandar Enstek, di sini.
4bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Keputusan berkemungkinan menubuhkan Sekretariat khusus oleh Menteri-Menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menekankan kepentingan peranan kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam dinamik perdagangan global.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia berminat untuk belajar daripada pengalaman Kesatuan Eropah (EU) dalam mewujudkan grid tenaga seiring dengan langkah ASEAN meningkatkan usaha untuk merealisasikan Grid Tenaga ASEAN (APG), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.