22hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Chin Hin Group Bhd melupuskan 44.12 juta saham biasa dalam anak syarikatnya, Signature International Bhd (SIB) pada harga purata RM1.36 sesaham dengan jumlah pertimbangan kira-kira RM59.99 juta.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meningkatkan nilai ambang pengecualian e-Invois.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan Rabu meskipun pasaran secara meluas adalah positif, seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau dan isyarat bercampur-campur Wall Street.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM438.07 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Oktober 2025 berbanding RM303.54 juta yang disaksikan dalam tahun sebelumnya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan yang dicatatkan semasa Oktober 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
23hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyasarkan peningkatan lebih 50 peratus pengguna aplikasi BIMB Biz selepas pelancaran ciri baharu Payment to Voice yang menawarkan notifikasi suara masa nyata bagi setiap transaksi tanpa memerlukan peranti tambahan.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan penetapan skop pelepasan gas rumah hijau (GHG), paras harga karbon yang sesuai, serta nilai ambang pelepasan sebagai elemen utama dalam pembentukan kerangka cukai karbon, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 85 peratus Matrix Concepts Holdings Bhd, N9 Matrix Development Sdn Bhd, sedang menjual dua bidang tanah kosong bernilai RM24.61 juta di Seremban, Negeri Sembilan kepada Bidara Pesona Sdn Bhd (BPSB).
24hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
GENEVA, 9 Dis (Bernama) -- Rantau Asia-Pasifik dijangka kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan trafik udara global dengan faktor muatan diunjurkan mencecah 84.4 peratus tahun depan iaitu paras tertinggi sepanjang masa bagi rantau itu.