18hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 1.8 peratus pada November, 2025 daripada penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.
20hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak berubah minggu depan berikutan musim cuti terus menjejaskan aktiviti pasaran, kata seorang ahli ekonomi.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal positif minggu depan seiring dengan kenaikan di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) berikutan minggu dagangan yang singkat sempena cuti umum sambutan Tahun Baharu.
20hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) (FKLI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu depan, mencerminkan keadaan cuti akhir tahun dan pergerakan dalam pasaran asas tunai.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun harga mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal sesi dagangan Jumaat.
20hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Jumaat dalam persekitaran jumlah permintaan eksport kukuh, kata seorang peniaga minyak sawait David Ng.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat meskipun prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
20hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia merosot 0.1 peratus kepada 154.0 mata pada November 2025 berbanding 154.2 mata pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik.