Terdapat 430 berita berdasarkan kata kunci carian " pembaharuan"

CUSTA Ganda Katalog Kepada 4,000 Produk, Tawar Perkhidmatan Penyesuaian Tanpa Had

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Platform e-dagang penyesuaian tempatan, CUSTA Sdn Bhd, melancarkan pembaharuan perkhidmatannya, menggandakan katalog kepada 4,000 produk dan memperkenalkan gabungan penyesuaian tanpa had dengan paparan harga masa nyata dan tempoh pemprosesan pesanan hingga penerimaan.

PED ASEAN Dijangka Dimuktamadkan Pada Penghujung Kepengerusian Malaysia - Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kebanyakan Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) di bawah kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dijangka dimuktamadkan pada penghujung tempoh kepengerusian, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Skor Keseluruhan Rangkuman Kewangan Malaysia 2025 Bertambah Baik - Principal

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam semua tiang rangkuman kewangan, muncul sebagai satu daripada hanya dua pasaran yang telah melonjak dalam ketiga-tiga tiang, kata Indeks Rangkuman Kewangan Global 2025 oleh Principal Financial Group.

Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasaran.

Abdul Rashid Hussain Dilantik Semula Sebagai Pengerusi TH Selama Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan melantik semula Tan Sri Abdul Rashid Hussain sebagai Pengerusi dan Anggota Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 20 Dis, 2025.

Tadbir Urus Kukuh, Disiplin Fiskal Kunci Kekalkan Transformasi Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) - Tadbir urus yang kukuh, disiplin fiskal dan pendidikan adalah perkara yang perlu diberi penekanan dalam transformasi ekonomi Malaysia bagi mengukuhkan pertumbuhan dan mengurangkan ketidaksamaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Terus Perkenal Pembaharuan Dasar Pelaburan, Perkukuh Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkenalkan pembaharuan dasar pelaburan dan perdagangan yang progresif bagi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia Diunjur Kekal Lebih 4.0 Peratus Bagi 2026 -- MARC Ratings

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur dapat mengekalkan pertumbuhannya melebihi 4.0 peratus pada 2025 dan 2026, dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan selain projek infrastruktur dan pembaharuan struktur yang sedang dilaksanakan, kata agensi penarafan Malaysian Ratings Bhd.

Jadikan Amalan Kawal Selia Baik Pemacu Integrasi ASEAN -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.

Ringgit Dijangka Meningkat Ke Paras RM3.93 Berbanding Dolar AS Pada Pertengahan 2026

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -  Ringgit dijangka meningkat ke paras RM3.93 berbanding dolar AS menjelang pertengahan 2026, disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh dan pembaharuan fiskal serta kelemahan dolar AS, kata MARC Ratings Bhd.

BNM Tetap Optimis Terhadap Prospek Ringgit, Disokong Asas Ekonomi Kukuh - Gabenor BNM

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kekal optimis terhadap trajektori ringgit, disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan pembaharuan struktur.

BNM Guna Pakai MYOR-i Sebagai Kadar Penanda Aras Islam Mandatori Mulai 1 Julai 2027

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengguna pakai Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) sebagai kadar rujukan mandatori bagi semua produk kewangan Islam mulai 1 Julai, 2027.