BERITA TERKINI   Kerajaan kekalkan bantuan BUDI Diesel RM300 bagi April yang akan disalurkan mulai 8 April, manfaatkan 340,000 penerima dengan peruntukan RM102 juta - MoF | Kerajaan MADANI terus bertindak proaktif berlandaskan data dan realiti semasa supaya langkah diambil bersifat menyeluruh, berimbang dan berkesan dalam menghadapi krisis tenaga global - PM Anwar | PM Anwar mahu seluruh rakyat memperkukuh ekonomi domestik, utamakan barangan tempatan dan sokong usahawan tempatan sebagai benteng utama mengharungi krisis tenaga global | Pemandu lori maut dalam kemalangan babitkan dua lori tangki di KM40.6 lebuh raya PLUS Kulai ke Sedenak tengah hari tadi - Bomba | SPM 2025: MRSM catat indeks GPM 2.067 dengan 100 peratus calon layak terima sijil - TPM Ahmad Zahid | 

CUSTA Ganda Katalog Kepada 4,000 Produk, Tawar Perkhidmatan Penyesuaian Tanpa Had

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Platform e-dagang penyesuaian tempatan, CUSTA Sdn Bhd, melancarkan pembaharuan perkhidmatannya, menggandakan katalog kepada 4,000 produk dan memperkenalkan gabungan penyesuaian tanpa had dengan paparan harga masa nyata dan tempoh pemprosesan pesanan hingga penerimaan.

CUSTA dalam satu kenyataan hari ini berkata pembaharuan perkhidmatan itu menjadikan syarikat tersebut sebagai platform pertama di Malaysia yang menggabungkan penyesuaian tanpa had dengan penetapan harga masa nyata, menetapkan penanda aras baharu untuk industri tempatan.

“Antara muka yang dipertingkatkan kini menampilkan katalog diperkemas yang boleh memaparkan beribu-ribu item dengan jelas, manakala halaman produk membolehkan pengguna melaraskan spesifikasi secara bebas dan melihat sebut harga serta-merta serta garis masa penghantaran.

"Sebelum ini, proses pemerolehan luar talian tradisional boleh mengambil masa sehingga 15 hari perniagaan, garis masa yang kini telah dikurangkan kepada dalam tempoh seminggu di CUSTA, dengan beberapa pesanan selesai pada hari yang sama," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Joe Takagi berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membentuk hampir separuh daripada keluaran dalam negara kasar Malaysia, namun penyesuaian masih perlahan, terhad dan tidak cekap.

“Pelancaran semula CUSTA menghapuskan halangan ini dengan menggabungkan kebebasan reka bentuk tanpa had dengan ketelusan harga segera, menyediakan kepada orang ramai dan perniagaan di Malaysia akses kepada perkhidmatan penyesuaian.

“Ini bukan sekadar pembaharuan; ia bermatlamat untuk menyokong ekonomi digital Malaysia, memperkasa pencipta tempatan dan mencipta rantaian nilai baharu yang memacu pertumbuhan dan pekerjaan di seluruh negara,” katanya.

CUSTA berkata sejak penubuhannya, syarikat itu telah menghantar lebih 500,000 item yang dibuat penyesuaian mengikut keperluan pelanggan di seluruh Malaysia dan Singapura, dengan lebih 90 peratus pesanannya datang daripada PKS Malaysia dan jenama kecil. Syarikat itu juga mencatatkan pertumbuhan jualan lebih tujuh kali ganda tahun ke tahun.

Bagi meraikan ulang tahun keduanya, CUSTA menjalankan "Kempen Pembaharuan Perkhidmatan CUSTA" sehingga 30 Nov 2025, menawarkan diskaun 10 peratus dengan kod promo 'NEWCUSTA' dan sokongan reka bentuk percuma untuk pembelian bernilai RM300 ke atas.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari https://custa.com.my

-- BERNAMA