BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

Skor Keseluruhan Rangkuman Kewangan Malaysia 2025 Bertambah Baik - Principal

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam semua tiang rangkuman kewangan, muncul sebagai satu daripada hanya dua pasaran yang telah melonjak dalam ketiga-tiga tiang, kata Indeks Rangkuman Kewangan Global 2025 oleh Principal Financial Group.

Indeks itu menyenaraikan 42 pasaran berdasarkan tiga tiang rangkuman kewangan iaitu sokongan kerajaan, sistem kewangan serta majikan, ia menggunakan data daripada sumber awam dan tinjauan.

Sebuah syarikat kewangan global, Principal melalui satu kenyataan menjelaskan sokongan majikan di Malaysia naik 0.8 mata dari tahun ke tahun, manakala sokongan kerajaan serta sistem kewangan, masing-masing bertambah sebanyak  0.7 mata dan 0.1 mata. 

Sokongan majikan secara amnya telah perlahan di seluruh dunia tahun ini disebabkan oleh tekanan ekonomi dan perniagaan, tetapi Malaysia tidak mengikuti trend ini, sebaliknya, melompat tujuh tingkat untuk berada di tangga ketujuh dalam senarai global.

“Walaupun pasaran lain mengalami penurunan di seluruh penunjuk sokongan majikan, Malaysia terus  meningkat dalam senarai.

“Kemajuan ketara turut dapat dilihat dalam penyediaan panduan kewangan dan penunjuk sokongan, yang mana Malaysia memanjat lapan tangga untuk menduduki tempat ke 23,” katanya.

Di tiang sokongan kerajaan, Malaysia disenaraikan pada tangga ke-25, disokong oleh penambahbaikan merentasi pendidikan serta penunjuk berkaitan akses, termasuk ketersediaan pendidikan kewangan yang disediakan kerajaan, sambungan dalam talian dan langkah-langkah yang berkaitan dengan persaraan. 

Dirangkumkan bersama, peralihan ini menunjuk kepada asas pengukuhan secara beransur-ansur untuk daya tahan kewangan jangka panjang, katanya.

“Kemajuan ini patut diberi perhatian berdasarkan dalam persekitaran global sekarang ini termasuk keadaan pendanaan yang agak ketat, turun naik perdagangan dan perubahan dalam aliran modal. 

Pengalaman Malaysia mencerminkan bagaimana pelaburan struktur yang mantap, di samping pembaharuan yang disasarkan, dapat mengurangkan kesan tekanan luaran selain menyokong pertumbuhan yang lebih berdaya tahan, inklusif dalam jangka panjang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management Bhd, Munirah Khairuddin.

Pengiraan indeks tersebut dijalankan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan.

 

-- BERNAMA