Terdapat 1508 berita berdasarkan kata kunci carian " dibuka"

Indeks Utama Bursa Malaysia Pulih 0.27 Peratus Susulan Pembelian Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelum ini untuk ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, memperoleh 0.27 peratus pada dagangan lewat apabila minat belian kembali kepada saham wajaran tinggi terpilih. 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini, menjejaki pasaran tunai pendasar yang menyusut.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam keadaan dagangan yang kurang memberangsangkan, dengan indeks petunjuk pasaran menyusut di bawah paras 1,670.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Namun Meningkat Daripada Mata Wang Utama

Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu namun lebih tinggi berbanding mata wang utama berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang minggu yang sarat dengan data pasaran buruh Amerika Syarikat (AS).

Tesla Malaysia Kekalkan Harga Semasa Selepas Pengecualian Cukai EV Tamat

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Tesla Malaysia akan terus menawarkan kesemua model kenderaannya pada harga permulaan yang diperkenalkan pada 2025 selepas pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) tamat pada 31 Disember lepas.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Permintaan Terhadap Mata Wang Selamat Berkurangan

Oleh Zufazlin Baharuddin dan K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur sedang menilai situasi antara AS dan Vanezuela, pemintaan terhadap dolar AS tidak bertahan lama berikutan risiko geopolitik semasa yang masih dalam kawalan.

Bursa Malaysia Naik 0.33 Peratus Pada Tengah Hari Dipacu Minat Risiko Ketara

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia menokok sebanyak 0.33 peratus dipacu oleh minat risiko yang lebih ketara ketika lebih banyak pelabur kembali aktif selepas cuti akhir tahun.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan hari ini dengan lebih meningkat.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dalam Dagangan Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan mencatat peningkatan kecil ketika pelabur berpendirian berhati-hati menjelang jangkaan aliran Tahun Baharu Cina manakala perkembangan berkaitan Venezuela memberi impak kecil terhadap sentimen tempatan.

Ringgit Dibuka Rendah Didorong Langkah Elak Risiko Tingkatkan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kesediaan untuk mengambil risiko pada peringkat global menjadi lebih berhati-hati, mendorong pelabur mengurangkan pendedahan terhadap aset pasaran sedang pesat membangun.