BERITA TERKINI   Perbincangan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian semalam sentuh aspek cabaran AI, proses pengawalseliaan sandbox - Fahmi | MINDEF diberi keutamaan guna pakai kerangka ESG berikutan skala perolehan yang besar dan keperluan tadbir urus lebih mampan – Fahmi | Kementerian Perpaduan Negara anjur acara khusus peringati jasa, bakti Allahyarham Tun Abdul Razak sepanjang Bulan Kebangsaan tahun ini - Fahmi | Proses rundingan pembayaran 40 peratus hasil Sabah telah dimulakan, komitmen dimuktamadkan dalam tempoh 180 hari - Fahmi | Ketua Pesuruhjaya SPRM akan bertemu dengan Menteri Pertahanan berhubung isu perolehan ATM pada Rabu depan | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan hari ini dengan lebih meningkat.

Pada jam 9.38 pagi, kontrak bulan semasa Januari 2026 menokok 11.5 mata kepada 1,684.0, Februari 2026 naik 12.0 mata kepada 1,687.5, Mac 2026 meningkat 12.0 mata kepada 1,670.0 manakala Jun 2026 meraih 8.5 mata kepada 1,670.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,518 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 35,715 kontrak.

Indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 6.11 mata kepada 1,675.87 selepas sejam dagangan dijalankan berbanding penutupan Jumaat lepas pada 1,669.76.

-- BERNAMA