11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2026 dijangka memberi penekanan yang tinggi terhadap pertumbuhan berteraskan teknologi terutama dalam kecerdasan buatan (AI), automasi, platform digital dan penerimagunaan Industri 4.0.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka perbelanjaan Kerajaan Persekutuan mencecah rekod tertinggi sebanyak RM430.3 bilion tahun depan dalam keadaan perbelanjaan mengurus (OE) dan perbelanjaan pembangunan (DE) yang semakin meningkat.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan momentum belian berterusan sepanjang sesi dagangan pagi, didorong oleh kaunter penjagaan kesihatan, produk perindustrian dan pengguna serta perkhidmatan, kata penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi tidak menolak kemungkinan had kelayakan tambahan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sektor e-hailing diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2026 minggu depan.
11hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) telah meminta kerajaan untuk menubuhkan Majlis Digital Negara dalam Belanjawan 2026 untuk menyepadukan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan mengekalkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) menggesa kerajaan memperkukuh sokongan fiskal dan insentif bagi industri gas asli dalam Belanjawan 2026 serta bertindak atas tiga keutamaan segera bagi industri berkenaan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus pada November, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).
12hari ago
PETALING JAYA, 1 Okt (Bernama) -- Bank Digital ditubuhkan dengan tujuan utama bagi menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna, dan bukannya untuk bersaing dengan bank tradisional, kata Ketua Pegawai Eksekutif KAF Digital Bank Bhd Rafiza Ghazali.
13hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berharap Belanjawan 2026 akan mengemukakan langkah bagi memperkukuh industri penerbangan Malaysia yang menekankan peranannya sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara dan sektor pelancongan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2026 akan berperanan sebagai peneraju fiskal dan pemangkin dasar untuk mengharungi cabaran jangka pendek dan meletakkan asas untuk pembangunan mampan dan inklusif, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini, diasak aktiviti pengambilan untung dalam beberapa saham mewah, kata penganalisis.
15hari ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ahli ekonomi percaya bahawa Belanjawan 2026 tidak akan memperkenalkan sebarang perubahan besar dalam sistem percukaian terutamanya cukai individu dan korporat untuk mengekalkan keyakinan pengguna dan pelabur apabila tarif Amerika Syarikat (AS) bermula.