1tahun ago
GEORGE TOWN, 23 Nov (Bernama) -- Rackson Group melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.5 bilion di Bayan Lepas, terdiri daripada hotel Le Meridien Penang Airport dan pangsapuri berperkhidmatan Avion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd menerima surat pelantikan bersyarat untuk kontrak melibatkan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada SM01 Sdn Bhd bernilai RM142 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) hari ini memperkenalkan platform perbankan digital baharu iaitu aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile dan BIMB Web.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 21 Nov (Bernama) – Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah memeterai Surat Hasrat (LoI) dengan Bank Islam hari ini untuk menghulurkan bantuan kewangan serta perundingan kepada bakal usahawan dan komuniti asnaf dalam pulau bebas cukai itu.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Tiga syarikat pembinaan terkemuka, MMC-Gamuda KVMRT Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan Sunway Construction Group Bhd memenangi Anugerah Projek Terbaik di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), melalui Imtiaz Sukuk II Bhd telah menerbitkan Sukuk SRI (Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab) ASEAN sulungnya berjumlah RM500 juta.
1tahun ago
KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak diperuntukkan RM1.31 bilion menerusi Belanjawan 2025 negeri, peningkatan ketara sebanyak 64 peratus daripada RM799.52 juta yang disediakan bagi tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- IAQ Solutions Sdn Bhd menerima Anugerah Pembina Terbaik pada Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan (MCIEA) 2024 sebagai pengiktirafan terhadap projek kemudahan pengujian pembuatan Robert Bosch.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022 hingga September 2024, kata Timbalan Kementerian Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
PORT DICKSON, 19 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sembilan merancang untuk membangunkan koridor pelancongan dan perkhidmatan sebagai inisiatif strategik bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi khususnya di Port Dickson.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kemudahan pembuatan bendalir baharu Keyto MY Sdn Bhd di Batu Kawan, Pulau Pinang bersedia untuk meningkatkan kemampuan perindustrian Malaysia dan mempelbagaikan sektor pembuatan berteknologi tinggi.