BERITA TERKINI   Bernama rangkul Perak bagi katergori Kewartawanan ESG terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas | Jurugambar Bernama Mohd Syafiq @ Ridzuan Ambak menang perak kategori Kewartawanan Foto Terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas. | Jurugambar Bernama Mohd Safwan Mansor menang emas untuk kategori foto esei terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas | MPI: Wartawan Harian Metro menang Hadiah Kajai | Wartawan moden mesti berpegang teguh pada kebenaran dan tanggungjawab sosial - Dr Zambry Abd Kadir | 

RM44.2 Juta Akaun Sejahtera Dicarum Bagi Program I-lindung Hingga September 2024

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM44.2 juta telah dikeluarkan oleh pencarum melalui Akaun Sejahtera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak program i-Lindung diperkenalkan pada Julai 2022 hingga September 2024, kata Timbalan Kementerian Kewangan Lim Hui Ying.

Beliau berkata dalam tempoh sama, sebanyak 144,589 ahli KWSP telah memanfaat kemudahan pengeluaran simpanan Akaun Sejahtera bagi membeli insurans perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal di bawah program i-Lindung.

"Bermula Februari 2024 pula, KWSP telah menambah baik i-Lindung fasa dua di bawah pelan perlindungan ahli.

"Ahli KWSP boleh menggunakan simpanan dalam akaun sejahtera untuk membeli produk insurans konvesional dan takaful untuk perlindungan hayat dan insurans penyakit kritikal bagi ahli keluarga terdekat mereka," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) mengenai sama ada KWSP boleh memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans.

Lim berkata kerajaan turut menyambut baik cadangan Chiew tentang KWSP memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan hingga umur 99 tahun pada kadar berpatutan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan utama KWSP ditubuhkan adalah bagi menyediakan tabung simpanan persaraan yang dapat memastikan kesejahteraan kewangan kepada rakyat apabila mereka bersara.

-- BERNAMA