BERITA TERKINI   Kira-kira 60 peratus kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin lori di Taman Kota Puteri musnah terbakar, tiada mangsa terlibat - Bomba Johor | Malaysia akan perluas pasaran minyak sawit ke negara yang belum pernah jadi pembeli - Johari | Pemeriksaan kesihatan sebahagian komitmen PM untuk pastikan beliau kekal cergas terajui pentadbiran negara - Pengarah Hospital Serdang | PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan tahunan, kesihatan berada dalam keadaan sangat baik - Pengarah Hospital Serdang | Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Labuan sehingga 5 petang ini - MetMalaysia | 

Bank Islam Lancar Platform Perbankan Digital Baharu

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) hari ini memperkenalkan platform perbankan digital baharu iaitu aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile dan BIMB Web.

Ketua Pegawai Operasi BIMB, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff berkata platform baharu itu direka bagi memenuhi skala penggunaan yang lebih besar dengan keupayaan yang diperluas dan stabil berbanding perkhidmatan sebelumnya.

“Susulan maklum balas pelanggan, kami menghasilkan reka bentuk platform yang lengkap dengan kemudahan antara muka moden dan canggih bagi meningkatkan pengalaman pengguna, sesuai dengan gaya hidup digital masa kini tanpa mengira tahap kemahiran teknologi pelanggan.

“Ciri-ciri baharu ini menyerlahkan konsep perbankan tanpa cawangan dengan menyediakan kemudahan maksimum kepada pelanggan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu juga, platform berkenaan memberikan pengalaman perbankan yang mudah dan sesuai dengan keperluan pelanggan kerana ia memberi mereka peluang untuk mengawal sepenuhnya urus niaga pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Katanya kedua-dua platform itu akan membantu BIMB menyediakan perkhidmatan lebih baik dan infrastruktur operasi yang lebih mudah dengan aspek keselamatan yang dipertingkatkan dan stabil. 

-- BERNAMA