10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan yang terhad berikutan musim daun getah gugur di negara pengeluar getah asli selain kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang betul untuk melancarkan potensinya memandangkan ekonomi kekal pada trajektori yang stabil, disokong oleh pembaharuan kerajaan dan asas-asas ekonomi yang kukuh, menurut ahli ekonomi ASEAN HSBC Yun Liu.
10bulan ago
HANOI, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam pada 2024 menokok sebanyak 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion (RM83.11 bilion) daripada US$17.38 bilion pada tahun sebelumnya yang memaparkan peningkatan dagangan dua negara anggota ASEAN itu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) mencatatkan keuntungan bersih RM31.25 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) berbanding kerugian bersih RM49.88 juta pada tahun kewangan 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Malaysia dan China akan mengukuhkan lagi kerjasama dalam rantaian bekalan, inovasi teknologi dan pengembangan pasaran minyak sawit tahun ini, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Bank-bank pelaburan menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia kekal stabil pada 3.00 peratus pada 2025.
10bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun dan mencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN memberikan peluang untuk memacu agenda ASEAN, dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan inklusif, pembangunan mampan dan kerjasama serantau yang lebih baik, menurut RHB Investment Bank Bhd.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti belian pada harga rendah saham-saham berkaitan indeks mendorong indeks utama itu lebih tinggi pada tengah hari ini, dengan saham produk perindustrian dan perkhidamtan menerajui peningkatan, mencerminkan trend positif di kebanyakan pasaran Asia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Saham Petronas Dagangan Bhd (PetDag) di Bursa Malaysia muncul sebagai kaunter paling untung dalam dagangan awal hari ini, meningkat 5.5 peratus selepas mencatatkan keputusan lebih kukuh pada tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.