Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti belian pada harga rendah saham-saham berkaitan indeks mendorong indeks utama itu lebih tinggi pada tengah hari ini, dengan saham produk perindustrian dan perkhidamtan menerajui peningkatan, mencerminkan trend positif di kebanyakan pasaran Asia.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menigkat 6.56 mata atau 0.41 peratus kepada 1,584.23, berbanding 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka lebih tinggi 2.25 mata pada 1,579.92 dan diniagakan antara 1,578.14 hingga 1,585.50 sepanjang sesi tersebut.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 461 berbanding 432, manakala 453 saham tidak berubah, 1,006 tidak diniagakan dan 21 digantung.
Jumlah dagangan turun kepada 1.80 bilion saham bernilai RM1.12 bilion.
Hong Leong Investment Bank Bhd menyatakan bahawa jika indeks kekal di bawah paras utama 1,590, penanda aras berkemungkinan akan kekal stabil (paras sokongan: 1,545-1,566-1,577; paras rintangan: 1,590-1,600-1,614).
"Pelabur dijangka menilai beberapa faktor, termasuk musim laporan kewangan kini, perdagangan global dan ketegangan geopolitik, prospek dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, dan langkah rangsangan yang berpotensi dari China susulan pertemuan Presiden Xi Jinping dengan para usahawan terkemuka.
"Di samping itu, mereka akan memantau aliran keluar bersih asing yang berterusan selama lima bulan berturut-turut dari Oktober 2024 hingga bulan Februari tahun ini," katanya dalam satu nota hari ini.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank meningkat enam sen kepada RM10.50, Tenaga Nasional melonjak 14 sen kepada RM13.94, IHH Healthcare naik empat sen kepada RM7.25, dan Petronas Dagangan melonjak RM1 kepada RM20.26. CIMB dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM8.35 dan RM4.49.
Dalam kalangan saham aktif, Ingenieur Gudang turun setengah sen kepada lima sen dan Aizo Group turun satu sen kepada 8.5 sen. Sebaliknya, MYEG menambah dua sen kepada RM1.04, TWL Holdings meningkat setengah sen kepada 2.5 sen, dan UEM Sunrise naik 8.5 sen kepada 97 sen.
Pada papan indeks, Indeks FBM Emas naik 41.23 mata kepada 11,955.22, Indeks FBMT 100 meningkat 42.06 mata kepada 11,689.07, dan Indeks FBM Emas Shariah naik 69.62 mata kepada 11,660.74.
Indeks FBM 70 melonjak 37.39 mata kepada 17,406.38, bagaimanapun, Indeks FBM ACE merosot 20.70 mata kepada 4,899.83.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 37.73 mata kepada 19,308.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 1.24 mata kepada 162.44, dan Indeks Perladangan meningkat 13.26 mata kepada 7,405.56. Indeks Tenaga naik 0.67 mata kepada 780.62.
-- BERNAMA