11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan global yang semakin meningkat, kata seorang peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu pada Jumaat lepas, didorong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan yang dikeluarkan minggu lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ketua platform antara kerajaan utama di Asia Pasifik menggesa negara-negara di Asia Tenggara untuk memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan pelaburan bagi mengurangkan impak daripada langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif tinggi ke atas import dari China, Kanada dan Mexico.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu depan berikutan kekurangan pemangkin baharu, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki pasaran global selepas harga logam berharga itu mencecah paras tertinggi baharu US$2,955 setiap auns troy, semalam.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan sentimen pasaran serantau, terbukti memacu Bursa Malaysia yang melantun dan mencecah paras tertinggi intra harian pada akhir dagangan Jumaat.
11bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau susulan kebimbangan terhadap keputusan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- - Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini apabila aktiviti belian saham pada harga rendah berlaku selepas penurunan selama dua hari walaupun semalaman Wall Street yang lemah.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati mengenai dasar pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terutamanya mengenai tarif dan geopolitik, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi berkaitan Petronas, syarikat telekomunikasi dan perbankan terpilih, menggambarkan sentimen berhati-hati yang terus memberi kesan terhadap pasaran serantau.
11bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh peningkatan pasaran niaga hadapan komoditi itu selain kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli, kata peniaga.