BERITA TERKINI   Kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan: Namewee direman enam hari hingga 10 Nov ini - Polis | Polis rampas dadah bernilai RM11.4 juta di sebuah rumah, di Iskandar Puteri, 3 Nov lepas - Ketua Polis Johor | TPM Fadillah gesa adakan "New Global Compact for Education", bantu bentuk masa depan manusia dengan kebijaksanaan dan empati | Malaysia jadikan TVET sebagai pilihan utama, lonjakan inovasi, keusahawanan dan maruah kerja – TPM Fadillah | Pembelajaran sepanjang hayat jadi teras reformasi pendidikan negara, disokong mikro-kelayakan dan laluan pembelajaran digital - TPM Fadillah | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan global yang semakin meningkat, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi penurunan harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah mencetuskan kebimbangan permintaan minyak yang perlahan.

Dilaporkan bahawa Indeks Pengurus Pembelian Komposit S&P Global AS yang mengukur prestasi sektor pembuatan dan perkhidmatan, susut kepada 50.4 pada Februari berbanding 52.7 yang dicatatkan pada Januari.

Pada ketika ini, harga minyak mentah Brent merosot sebanyak 0.34 peratus kepada US$74.18 setong.

"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dihadkan oleh keyakinan terhadap potensi langkah rangsangan ekonomi China dan kebimbangan terhadap bekalan getah asli susulan ramalan cuaca lembap di Thailand," katanya kepada Bernama. 

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan SMR 20 turun sebanyak 2.5 sen kepada 918.5.0 sen sekilogram pada 3 petang manakala lateks pukal naik 1.5 sen kepada 697.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA