BERITA TERKINI    ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | Perjanjian FTA ASEAN-China 3.0 yang bakal dimeterai akhir tahun ini perkukuh kerjasama ekonomi, daya tahan rantau ini - Mohamad Hasan | Hubungan dialog ASEAN dengan China antara perkongsian paling substantif, dinamik - Mohamad Hasan | ASEAN gesa semua pihak urus situasi di Laut China Selatan secara berhemah, hati-hati - Mohamad Hasan | Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov tiba di Malaysia untuk mesyuarat ASEAN peringkat tinggi |

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut Seiring Prestasi Global

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki pasaran global selepas harga logam berharga itu mencecah paras tertinggi baharu US$2,955 setiap auns troy, semalam.

Bagaimanapun di sebalik aliran penyusutan itu, harga emas global dijangka mencecah paras tertinggi bagi minggu kelapan berturut-turut, disokong oleh permintaan berterusan terhadapnya berikutan kebimbangan berkaitan perang perdagangan.

Di peringkat tempatan, kontrak bulan semasa Februari 2025 turun kepada US$2,926.40 setiap auns troy daripada US$2,954.30 semalam manakala Mac 2025 berkurangan kepada US$2,933.30 daripada US$2,961.20 setiap auns troy.

Kontrak April, Mei dan Jun 2025 susut kepada US$2,943.50 setiap auns troy daripada US$2,971.40 setiap auns troy, semalam.

Jumlah dagangan bagaimanapun meningkat kepada 62 lot daripada 54 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurngan sedikit kepada 106 kontrak daripada 109 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Feb, 2025, harga empas fizikal berada pada US$2,932.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA