BERITA TERKINI   Nilai ringgit kukuh kepada paras terbaik hampir 8 tahun pada RM3.92 berbanding dolar AS setakat 28 Jan 2026, kekal antara mata wang terbaik di Asia - Amir Hamzah | Pertumbuhan 2025 dianggarkan 4.9 peratus, perdagangan melebihi 6 peratus dan capai rekod tertinggi RM3 trilion - Amir Hamzah | Defisit 2025 dijangka capai sasaran 3.8 peratus dan turun kepada 3.5 peratus pada 2026 - Amir Hamzah | Malaysia kekal destinasi pelaburan stabil dengan aliran masuk dana asing melebihi RM1 bilion ke pasaran ekuiti, bon pada Januari 2026 - Amir Hamzah | Isu jajaran sempadan: Boleh berbeza pendapat, namun jangan singgung perasaan Indonesia yang berusaha jalin hubungan baik, akrab dengan Malaysia - PM Anwar | 

Terdapat 11116 berita berdasarkan kata kunci carian "uk"

TRC Synergy Raih Kontrak RM550.80 Juta Untuk Projek LRT Mutiara Line Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, Trans Resources Corporation Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM550.8 juta daripada SRS Consortium Sdn Bhd untuk projek berkaitan Light Rail Transit (LRT) Mutiara Line di Pulau Pinang.

Indeks Nilai Seunit Eksport Malaysia Turun 0.1 Peratus Pada November 2025

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks nilai seunit eksport Malaysia merosot 0.1 peratus kepada  154.0 mata pada November 2025 berbanding 154.2 mata pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak Dan KL Dominasi Eksport Malaysia Pada November 2025

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur mendominasi eksport Malaysia, menyumbang 85.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pada November 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Pertanian Naik 3.1 Peratus Pada 2024 Dipacu Komoditi Kelapa Sawit

PUTRAJAYA, 26 Dis (Bernama) -- Prestasi kukuh komoditi kelapa sawit terus menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan sektor pertanian negara apabila mencatatkan kenaikan 3.1 peratus pada 2024 berbanding 0.2 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Indikator Pertanian Terpilih 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan Pada 2025 Dalam Cabaran Tarif, Geopolitik -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Malaysia berjaya mengekalkan daya tahan ekonominya pada 2025, disokong oleh dasar perdagangan yang terbuka dan berkecuali walaupun dalam realiti perang tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump serta ketidaktentuan geopolitik.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan sebelum ini, ketika pelabur giat melakukan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Ringgit Teruskan Aliran Mengukuh, Cecah Lagi Paras Tertinggi Dalam Lima Tahun

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Jumaat, dibuka mencecah lagi paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh lima tahun di tengah-tengah minggu urus niaga yang singkat.

Sejumlah Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Dagangan Hubungi Pelanggan Terlibat

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) memaklumkan sejumlah kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak semalam.

Pelarasan Tarif Asas Kemudahan Gas RP3 Tidak Jadikan Harga Gas Keseluruhan Lebih Tinggi - FMM

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pelarasan tarif asas kemudahan gas bagi Tempoh Kawal Selia Ketiga (RP3) dari Januari 2026 hingga Disember 2028 tidak menyebabkan peningkatan harga gas keseluruhan kepada pengguna akhir dalam tempoh terdekat, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

Ringgit Melonjak Kepada 4.04 Susulan Keyakinan Meningkat, Ahli Ekonomi Jangka Mata Wang Tempatan Kembali Ke Paras 3.82

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Berbaki kurang seminggu sebelum penutupan 2025, ringgit meneruskan momentum meningkat, diniagakan sekitar 4.04 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun.

Emas Bukan Sekadar Pelaburan Tapi Perlindungan Senyap Dalam Landskap Ekonomi Tidak Menentu

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Bagi kebanyakan isi rumah di Malaysia, lonjakan harga emas global bukan sekadar cerita spekulasi atau turun naik pasaran, sebaliknya menjadi ibarat payung sebelum hujan, apabila nilai barang kemas dan simpanan emas yang dikumpul sejak bertahun-tahun meningkat, sekali gus memberi ruang pernafasan kewangan dan memperkukuh daya tahan keluarga dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.